Saturday, 21 January 2012
penjenayah cinta!
aipp..!
"hai..^^ "
...uhhh gementarnya.. cuma senyuman yang ku ukir di bibir.
"..emm.." dia juga kelu untuk memulakan bicara. "thanks.. sebab sudi datang anna.."
"hehe ye la kan. awak pun sama.." aku membetulkan sedikit tudung, cuba menyembunyikan perasaan yang janggal.
"jom!" ujar si dia ringkas sambil menunjukkan dua keping tiket wayang. aku cuma tersenyum..lagi..
itulah pertemuan pertama kami. singkat dan ringkas. emm..inilah blind date pertamaku! hehe laman sosial yang menemukan aku dan dia.. syukur sangat sebab ternyata si dia sangatla kacak dan baik hati. terhapus semua prasangka buruk tentang penampilannya selama ini.. kini, sudah hampir setahun kami berkawan. ^^
"anna!" tiba-tiba satu laungan menerjah. pandangan dari buku teralih ke arah suara tersebut.
"aik.. semalam kata hari ini busy sikit, tak dapat nak lepak sama-sama..tiba-tiba muncul pulak.."ujarku sambil meneruskan pembacaan yang terhenti. si dia tersenyum. manisnya senyuman dia..!
"hehe memang busy sikit. sebenarnya sekejap lagi ada class lagi ni."
aku memandang ke arahnya, "eh, pergila class dulu.. nanti rugi tau"
"ye.. baikla.. saya tau.. dan saya faham kerugian yang saya akan tanggung.. hehe tapi.." kata-katanya terhenti di situ. aku mengerutkan kening.
"....tapi..kenapa ?"
"..tapi...saya rindukan awak la, budak kecik!"
lantas komik yang berada di tanganku dirampas. dengan kaki yang panjang, sekejap saja si dia berlari meninggalkan aku sambil membawa pergi komik yang ku baca tadi.
"NANTI SAYA PULANGKAN LEPAS KELAS!!"laungnya dari jauh.
"awak ni! kurang asam betolla! Eddy!!!!" aku mengetap bibir, geram dengan tindakannya yang merampas komik yang sepatutnya aku baca!
kakiku melangkah laju. buku dan fail ku peluk erat di dada.
"fuhh.. lebat betul hujan ni..." aku memandang ke arah langit. hujan yang tadinya cuma renyai-renyai kini semakin mengganas. untuk seketika, aku menumpang teduh di dalam pondok telefon. pintunya ku tutup rapat agar tidak terkena tempias hujan.
"ish nak balik macam mana ni.." aku mengeluh kecil. tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. paparan di skrin menunujukkan nama Eddy. hmm..
"hello.."
"hello Anna.. tengah buat apa tu?"
"owh.. emm baru jer sampai bilik.. hehe" aku terpaksa berbohong sunat.
"ye ke.. ingatkan masih di library.. -_-"
"hihi tak la.."
"malam ni saya nak belanja awak makan kerang rebus. jom! ^^" ceria sungguh suara Eddy..
""wah.. be.." sebelum sempat aku menghabiskan percakapanku, tiba-tiba guruh berdentum dengan sangat kuat. aku terkejut dan hampir terduduk. mata ku pejam rapat dan kalimah Allah mula meniti di bibir.
"YaAllah.." debaran di hati makin kencang tatkala terlihat telefon bimbitku yang berderai di atas lantai yang sedikit basah. "habislah.. macam mana ni.." wajah mak ayah berlegar-legar di fikiran.
dalam kesejukan, air mata yang hangat mula menitis. "mak...."
"jangan lupa makan ubat tau.." pesan suhana sebelum pergi ke dewan kuliah. suhana merupakan teman sebilikku yang sangat baik.
aku meraba dahi yang masih panas. tekak pun masih lagi terasa perit. ya, aku demam. aku mengeluh lagi. masih teringat kejadian semalam yang menimpa diriku. kerana telefon bimbit yang sudah pecah berderai, aku memberanikan diri meredah hujan yang lebat menuju ke deretan kedai yang terletak di seberang jalan. kedai telefon bimbit yang berdekatan menjadi sasaran ku dengan harapan agar telefon bimbitku segera dibaiki.
"dah teruk jugak ni.. fon ni dah kena air juga.. lebih baik beli yang baru dik.." ujar pekedai tersebut.
"beli baru..?" alamak...sekarang dah nak hujung semester.
"ye la.. "
arghhh! kepalaku kembali berdenyut. kalau la mak ayah tahu..
===========
hari ini merupakan hari kedua aku bekerja sambilan di restoran makanan segera ini. sebaik sahaja demam ku mula kebah, aku cepat-cepat mencari tawaran kerja sambilan. harap-harap aku sempat kumpul duit yang secukupnya dan membeli telefon bimbit yang sama seperti dulu sebelum cuti semester bermula.. hehe
syif kerjaku bermula dari pukul 6 petang sehingga 12 tengah malam. kerjaku sebgai pelayan sangat memenatkan.
"Anna, tolong hantarkan makanan ke meja 4"
"baik!"
dengan cermat, aku meletakkan sepinggan burger grill di atas meja pelanggan.
"selamat menjamu selera!" senyuman ku ukir untuknya.
aduhh.. lenguh betul badan ni.. dulang yang kosong ku pegang erat.
tiba-tiba satu suara menegurku dari belakang.
"Anna..."
"selamat da..." aku termangu seketika tatkala pemilik suara itu mula menarik tanganku dengan kasar dan membawa ku jauh dari situ.
"Eddy.." perasaan bersalah mula menyelubungi hatiku. baru ku sedar, sudah beberapa hari aku terputus hubungan dengan lelaki itu. Eddy memandang tepat ke mataku.
"demam awak macam mana?"
"da okey.. hehe" mesti suhana yang memberitahu Eddy tentang keadaanku.
tiba-tiba sahaja tangannya singgah di dahiku.
"panas macam ni dah kira ok?" ujarnya sedikit marah. aku cuma menundukkan kepala sambil memeluk erat dulang yang ku pegang.
"awak ni betul-betul buat saya bengang. hampir 5 hari awk senyap je. kol pun tak dapat. suhana cakap awak da mula kerja kat sini. sekarang, saya perlukan penjelasan!"
aku memandang ke arahnya sambil tersenyum nipis. perlu ke dia tahu?
"saya minta maaf.."
"maaf awak tak kan diterima selagi awak tak beritahu saya apa yang terjadi sampai awak kena bekerja sambilan kat situ."ujar Eddy dengan nada yang tegas.
"okey.. kenapa awak bekerja? sebelum ni awak tak pernah sebut pasal hal ni.."
"saya.. saya kena kerja sebab.." aku menarik nafas dalam-dalam."......sebab saya kena beli fon baru.."
Eddy terdiam seketika. "..fon?" aku mengangguk lemah.
-to be continued.. ^^-
Subscribe to:
Comments (Atom)